Monday, October 11, 2010

10.10.10

Salam..tajuk entry kali ni mungkin menarik bagi sesetengah orang..
dengan anggapan tarikh b'tuah untuk melakukan sesuatu..
contohnye majlis kahwin, tunang, dan sebagainya.
Tapi tarikh 10.10.10 juga la yg mungkin membawa kedukaan atau kesedihan kepada sesetengah orang..
contohnye keluarga mangsa kemalangan tragis yg berlaku di Rembau, N9.
dikhabarkan sudah 15orang mangsa meninggal dunia..
kebetulan juga semalam dalam perjalanan balik ke JB dari seremban..
semalam pegi melawat atuk sedara yg tenat di HTJ, Seremban..
kesesakan mula berlaku pada jam 7mlm bermula dari exit Pedas/Linggi..
kesesakan sangat teruk sehingga kenderaan tidak bergerak..
ditambah dgn sikap pemandu2 yg tidak bertanggungjawab menggunakan laluan kecemasan..
bersusah payah ambulan dgn bomba nak melepasi kesesakan yg sejauh +10km..
setelah 3 jam tidak berganjak pihak plus menutup laluan ke selatan dan mengarahkan semua kenderaan berpatah balik..
so bermula la journey mengikut jalan lama..
singgah makan kat melaka sentral pkl 2pagi..
sampai rumah pkl 4pagi.
Hari yg sangat memenatkan..tapi Alhamdulillah semuanye selamat.

Tadi search kat tenet pasal kemalangan yg berlaku..
masyaAllah..sangat ngeri melihat foto2 mangsa kemalangan..
de yg putus tangan dan kepala..de juga yg tertimpa di bawah bas.
Semoga kita terpelihara dari kecelakaan yg sedemikian rupa..

Ya Allah..ampuni lah segala dosa kami.
Juahkan kami dari segala bentuk malapetaka dan bencana.
Kami redha andai Engkau telah tentukan pengakhiran hidup kami sedemikian rupa.
Kami hanya makhluk yg lemah yg sentiasa mengharap belas kasihan daripada Mu.
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

p/s:Takziah buat keluarga2 mangsa, terima lah ujian dari Allah dengan penuh rasa keimanan..
Buat pemandu2 kereta@motor sila berhati2..even bukan kita punye silap kita pun boleh terlibat dalam kecelakaan.
Buat Atuk Yunus, semoga cepat sembuh.sangat tersentuh melihat kekuatan semangat atuk melawan penyakit.

No comments:

Post a Comment