Wednesday, October 27, 2010

BYe-BYe PUM..WeLCoMe PaNaSoNiC

Salam..hari ni hari Rabu.
so tinggal lagi 3hari je lagi untuk meninggalkan PUM..
rasa sangat sedih untuk tinggalkan kawan-kawan kat PUM..
walaupun perbezaan umur yang agak jauh..
sume kawan-kawan yang lebih berumur hormat dan boleh menerima arahan..
kalau di tempat lain belum tentu dapat layanan yang macam ni..
sangat terharu dan berterima kasih kepada sume kawan-kawan..
Abg Aziz, Abg Sharom, Abg Hatta, Abg Dennis, Abg Syed, Abg Ahairi, Abg Rosli, Abg Sa'adon, Abg Syafie..

Walaupun dah nak berhenti..
tetapi hati tetap cekal dan kuat untuk terus kan kerja-kerja seperti biasa..
Mungkin de yang beranggapan hari-hari terakhir dah tak nak buat kerja..
tapi lain buat diri ini..
tanggungjawab tetap perlu dilaksanakan sehingga saat-saat terakhir.

Lepas ni akan duduk kat rumah selama seminggu sebelum memulakan kerja di tempat yang baru..
belum pape lagi dah de yang ajak lepak kat UTM..
Thanks to amir yang invite tuk main badminton same-same..
malam boleh layan PES sampai pagi ye..
Best nye kalau masih jadi student kan..
tak payah pening-pening pikir pasal cuti..
nak pegi mana-mana pun senang je..
Pape pun bersyukur dengan perjalanan hidup yang telah ditentukan ini..

Rasa takut untuk bekerja di tempat baru makin kuat..
takut tak boleh adapt dengan environment baru..
tapi pape pun kene kuatkan semangat..
dah pilih jalan ni kita tak boleh patah balik..
kene terus pandang ke depan..
bukan pandang ke atas dan tidak memandang ke bawah.

Harap diri ini terus diberi hidayah oleh Allah, tak nak jadi seperti Kacang lupakan Kulit.

Monday, October 25, 2010

SiSTeR'S WeDDiNG

Salam..last weekend adalah hari yg bersejarah buat kakak..
sebab kelmarin kakak dah bergelar isteri..
dan secara tidak langsung dapat la abang ipar..
Alhamdulillah sume nye berjalan lancar..
tapi de satu tragedi yg berlaku..
mungkin tak dapat lupe sampai bila-bila..
hanya orang yg berada di tempat kejadian sahaja yg tahu.
Alhamdulillah juga sume selamat..
walaupun de yg cedera tapi selamat..

Hari bersanding hari paling sibuk..
ke sana ke sini..
jumpe sedara pun tak sempat..
harap mereka tak kecik hati..
pastu lompat ke dapur tuk cuci pinggan..
hari yg memenatkan..
malam lepas solat ingat nak baring-baring..
sekali sedar dah pagi.huhu..

Pape pun tahniah buat kakak dan abg faizal..
Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

"Ya Allah, kau berkati lah hidup kami sekeluarga, jauhkan lah kami dari segala bentuk mala petaka. Walaupun telah terjadi sesuatu yang tidak diingini namun kami redha dengan ketentuan Mu Ya Allah. Murahkan lah rezeki kami dan jauhkan dari rezeki yang shubhah"

Monday, October 11, 2010

10.10.10

Salam..tajuk entry kali ni mungkin menarik bagi sesetengah orang..
dengan anggapan tarikh b'tuah untuk melakukan sesuatu..
contohnye majlis kahwin, tunang, dan sebagainya.
Tapi tarikh 10.10.10 juga la yg mungkin membawa kedukaan atau kesedihan kepada sesetengah orang..
contohnye keluarga mangsa kemalangan tragis yg berlaku di Rembau, N9.
dikhabarkan sudah 15orang mangsa meninggal dunia..
kebetulan juga semalam dalam perjalanan balik ke JB dari seremban..
semalam pegi melawat atuk sedara yg tenat di HTJ, Seremban..
kesesakan mula berlaku pada jam 7mlm bermula dari exit Pedas/Linggi..
kesesakan sangat teruk sehingga kenderaan tidak bergerak..
ditambah dgn sikap pemandu2 yg tidak bertanggungjawab menggunakan laluan kecemasan..
bersusah payah ambulan dgn bomba nak melepasi kesesakan yg sejauh +10km..
setelah 3 jam tidak berganjak pihak plus menutup laluan ke selatan dan mengarahkan semua kenderaan berpatah balik..
so bermula la journey mengikut jalan lama..
singgah makan kat melaka sentral pkl 2pagi..
sampai rumah pkl 4pagi.
Hari yg sangat memenatkan..tapi Alhamdulillah semuanye selamat.

Tadi search kat tenet pasal kemalangan yg berlaku..
masyaAllah..sangat ngeri melihat foto2 mangsa kemalangan..
de yg putus tangan dan kepala..de juga yg tertimpa di bawah bas.
Semoga kita terpelihara dari kecelakaan yg sedemikian rupa..

Ya Allah..ampuni lah segala dosa kami.
Juahkan kami dari segala bentuk malapetaka dan bencana.
Kami redha andai Engkau telah tentukan pengakhiran hidup kami sedemikian rupa.
Kami hanya makhluk yg lemah yg sentiasa mengharap belas kasihan daripada Mu.
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

p/s:Takziah buat keluarga2 mangsa, terima lah ujian dari Allah dengan penuh rasa keimanan..
Buat pemandu2 kereta@motor sila berhati2..even bukan kita punye silap kita pun boleh terlibat dalam kecelakaan.
Buat Atuk Yunus, semoga cepat sembuh.sangat tersentuh melihat kekuatan semangat atuk melawan penyakit.

Wednesday, October 6, 2010

ReSiGNaTioN

Assalamualaikum..syukur ke hadrat Ilahi
masih diberi kesempatan untuk beribadat.
Hari ini rasanye sukar untuk di tempuhi
hari ini juga la terpaksa bersemuka dengan bos
untuk serahkan surat resign.
Tak sampai hati nak kecewa kan ramai pihak
terutama HOD-HOD yang dah biasa bekerjasama.
Tetapi peluang hanya datang sekali
sama ada nak terima atau lepaskan peluang itu
Allah dah tunjukkan jalan
hanya tinggal memilih berdasarkan akal yang dikurniakan.

Terlalu banyak kenangan yang dilalui
terlalu banyak pengalaman yang diperolehi
daripada 'zero' to 'hero'
sangat berterima kasih pada rakan-rakan yang
banyak bagi tunjuk ajar
terutama Abg Syed, Hairi, Hatta, Sharom, Aziz
tak kan lupa jasa mereka-mereka ni.

Tadi masa hantar surat resign sangat berdebar
takut-takut kene reject
tapi bila dah berdepan dengan bos
cakap dapat offer lagi baik
bos tak cakap pe dah.huhu..
bos terima dengan hati yang pasrah.

So effective date 5 Oktober 2010..
last day will be on 4 noveber 2010.
dan akan mula kerja di tempat baru pada
10 November 2010.
Tempat baru adalah Panasonic System and Network Malaysia
bertempat di Senai.
lepas ni kene ulang alik jauh dari rumah
insyaAllah akan cari rumah sewa nanti.

Akan continue story pasal offer next entry