Sunday, November 14, 2010

PSNM SB

Salam..tajuk tu adalah nama company tempat keje baru..
Panasonic System Network Malaysia..
Alhamdulillah..minggu lepas dah orientasi 3 hari..
habis orientasi terus masuk department..
dapat department Incoming QC..
jage bahagian RoHS+Mechanical+Electrical Site..
kalau sape-sape tak tau ape tu RoHS leh google kat internet ye..
ari tu mase masuk pun t'pinga-pinga gak apa tu RoHS..
tapi sekarang dah tau dah pe benda tu.hehe..
Banyak benda baru kene belajar..
cara kerja pun sume kene tukar..
keje dengan company jepun ni kene sangat berdisiplin..
waktu rehat sume punctual..
1st day agak culture shock bile tengok operator-operator berlari ke kantin nak makan..
tu sume sebab 'masa adalah duit'..hehe.
sume kejar masa..

Sekarang kene ulang alik pegi keje sejauh 30km..
pagi-pagi dah kuar sebab start keje pkl8..
balik pulak pkl5.35..
tapi engineer tak kan nak balik pkl5.35 kan..
paling kuat balik pkl6..

So far keje ok..
baru lagi kan..
memang tak de keje pun..
duduk je baca manual and instruction je..
Bos dengan senior sume ok..

Tu je dulu..nnt update lg about my new job.

Wednesday, October 27, 2010

BYe-BYe PUM..WeLCoMe PaNaSoNiC

Salam..hari ni hari Rabu.
so tinggal lagi 3hari je lagi untuk meninggalkan PUM..
rasa sangat sedih untuk tinggalkan kawan-kawan kat PUM..
walaupun perbezaan umur yang agak jauh..
sume kawan-kawan yang lebih berumur hormat dan boleh menerima arahan..
kalau di tempat lain belum tentu dapat layanan yang macam ni..
sangat terharu dan berterima kasih kepada sume kawan-kawan..
Abg Aziz, Abg Sharom, Abg Hatta, Abg Dennis, Abg Syed, Abg Ahairi, Abg Rosli, Abg Sa'adon, Abg Syafie..

Walaupun dah nak berhenti..
tetapi hati tetap cekal dan kuat untuk terus kan kerja-kerja seperti biasa..
Mungkin de yang beranggapan hari-hari terakhir dah tak nak buat kerja..
tapi lain buat diri ini..
tanggungjawab tetap perlu dilaksanakan sehingga saat-saat terakhir.

Lepas ni akan duduk kat rumah selama seminggu sebelum memulakan kerja di tempat yang baru..
belum pape lagi dah de yang ajak lepak kat UTM..
Thanks to amir yang invite tuk main badminton same-same..
malam boleh layan PES sampai pagi ye..
Best nye kalau masih jadi student kan..
tak payah pening-pening pikir pasal cuti..
nak pegi mana-mana pun senang je..
Pape pun bersyukur dengan perjalanan hidup yang telah ditentukan ini..

Rasa takut untuk bekerja di tempat baru makin kuat..
takut tak boleh adapt dengan environment baru..
tapi pape pun kene kuatkan semangat..
dah pilih jalan ni kita tak boleh patah balik..
kene terus pandang ke depan..
bukan pandang ke atas dan tidak memandang ke bawah.

Harap diri ini terus diberi hidayah oleh Allah, tak nak jadi seperti Kacang lupakan Kulit.

Monday, October 25, 2010

SiSTeR'S WeDDiNG

Salam..last weekend adalah hari yg bersejarah buat kakak..
sebab kelmarin kakak dah bergelar isteri..
dan secara tidak langsung dapat la abang ipar..
Alhamdulillah sume nye berjalan lancar..
tapi de satu tragedi yg berlaku..
mungkin tak dapat lupe sampai bila-bila..
hanya orang yg berada di tempat kejadian sahaja yg tahu.
Alhamdulillah juga sume selamat..
walaupun de yg cedera tapi selamat..

Hari bersanding hari paling sibuk..
ke sana ke sini..
jumpe sedara pun tak sempat..
harap mereka tak kecik hati..
pastu lompat ke dapur tuk cuci pinggan..
hari yg memenatkan..
malam lepas solat ingat nak baring-baring..
sekali sedar dah pagi.huhu..

Pape pun tahniah buat kakak dan abg faizal..
Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

"Ya Allah, kau berkati lah hidup kami sekeluarga, jauhkan lah kami dari segala bentuk mala petaka. Walaupun telah terjadi sesuatu yang tidak diingini namun kami redha dengan ketentuan Mu Ya Allah. Murahkan lah rezeki kami dan jauhkan dari rezeki yang shubhah"

Monday, October 11, 2010

10.10.10

Salam..tajuk entry kali ni mungkin menarik bagi sesetengah orang..
dengan anggapan tarikh b'tuah untuk melakukan sesuatu..
contohnye majlis kahwin, tunang, dan sebagainya.
Tapi tarikh 10.10.10 juga la yg mungkin membawa kedukaan atau kesedihan kepada sesetengah orang..
contohnye keluarga mangsa kemalangan tragis yg berlaku di Rembau, N9.
dikhabarkan sudah 15orang mangsa meninggal dunia..
kebetulan juga semalam dalam perjalanan balik ke JB dari seremban..
semalam pegi melawat atuk sedara yg tenat di HTJ, Seremban..
kesesakan mula berlaku pada jam 7mlm bermula dari exit Pedas/Linggi..
kesesakan sangat teruk sehingga kenderaan tidak bergerak..
ditambah dgn sikap pemandu2 yg tidak bertanggungjawab menggunakan laluan kecemasan..
bersusah payah ambulan dgn bomba nak melepasi kesesakan yg sejauh +10km..
setelah 3 jam tidak berganjak pihak plus menutup laluan ke selatan dan mengarahkan semua kenderaan berpatah balik..
so bermula la journey mengikut jalan lama..
singgah makan kat melaka sentral pkl 2pagi..
sampai rumah pkl 4pagi.
Hari yg sangat memenatkan..tapi Alhamdulillah semuanye selamat.

Tadi search kat tenet pasal kemalangan yg berlaku..
masyaAllah..sangat ngeri melihat foto2 mangsa kemalangan..
de yg putus tangan dan kepala..de juga yg tertimpa di bawah bas.
Semoga kita terpelihara dari kecelakaan yg sedemikian rupa..

Ya Allah..ampuni lah segala dosa kami.
Juahkan kami dari segala bentuk malapetaka dan bencana.
Kami redha andai Engkau telah tentukan pengakhiran hidup kami sedemikian rupa.
Kami hanya makhluk yg lemah yg sentiasa mengharap belas kasihan daripada Mu.
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

p/s:Takziah buat keluarga2 mangsa, terima lah ujian dari Allah dengan penuh rasa keimanan..
Buat pemandu2 kereta@motor sila berhati2..even bukan kita punye silap kita pun boleh terlibat dalam kecelakaan.
Buat Atuk Yunus, semoga cepat sembuh.sangat tersentuh melihat kekuatan semangat atuk melawan penyakit.

Wednesday, October 6, 2010

ReSiGNaTioN

Assalamualaikum..syukur ke hadrat Ilahi
masih diberi kesempatan untuk beribadat.
Hari ini rasanye sukar untuk di tempuhi
hari ini juga la terpaksa bersemuka dengan bos
untuk serahkan surat resign.
Tak sampai hati nak kecewa kan ramai pihak
terutama HOD-HOD yang dah biasa bekerjasama.
Tetapi peluang hanya datang sekali
sama ada nak terima atau lepaskan peluang itu
Allah dah tunjukkan jalan
hanya tinggal memilih berdasarkan akal yang dikurniakan.

Terlalu banyak kenangan yang dilalui
terlalu banyak pengalaman yang diperolehi
daripada 'zero' to 'hero'
sangat berterima kasih pada rakan-rakan yang
banyak bagi tunjuk ajar
terutama Abg Syed, Hairi, Hatta, Sharom, Aziz
tak kan lupa jasa mereka-mereka ni.

Tadi masa hantar surat resign sangat berdebar
takut-takut kene reject
tapi bila dah berdepan dengan bos
cakap dapat offer lagi baik
bos tak cakap pe dah.huhu..
bos terima dengan hati yang pasrah.

So effective date 5 Oktober 2010..
last day will be on 4 noveber 2010.
dan akan mula kerja di tempat baru pada
10 November 2010.
Tempat baru adalah Panasonic System and Network Malaysia
bertempat di Senai.
lepas ni kene ulang alik jauh dari rumah
insyaAllah akan cari rumah sewa nanti.

Akan continue story pasal offer next entry

Thursday, September 9, 2010

KeCaNTiKaN..

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.

Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.

Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.

Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.

Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.

Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!

p/s: Tidak kira lelaki atau perempuan, setiap ciptaan Allah itu ada kegunaannya. Lelaki dan perempuan saling melengkapi antara satu sama lain, jadikan ketidaksempurnaan itu suatu kekuatan dan kesempurnaan itu suatu kelebihan. Sama-sama kita syukuri nikmat yg Allah kurniakan kepada kita.

Wednesday, September 8, 2010

KHiNZiR Di SeKeLiLiNG KiTa..

www.iluvislam.com
Dihantar oleh: Ungufajar
Editor: fazly_90

Julai lepas,alhamdulillah sempat mengikuti bengkel Industri Makanan Halal Malaysia. Anjuran Universiti Cairo dengan kerjasama Universiti Malaya di ARMA. Panelnya, Dr.Pazim dari UM rupanya ayahanda sahabat saya, ukhti Norizan yang dikenali sejak kecil.

Bukan itu tajuk utamanya. Saya ingin beritahu anda apa yang Dr.Pazim bentangkan di dalam bengkel. Ia berkenaan makanan dan keperluan hidup kita.Ia berkenaan khinzir. BABI. Eh, kenapa mencarut ni?

Tidak, BABI adalah Bahasa Melayu. Tetapi jadi perkataan carut kerana bencinya umat Melayu-Islam terhadap BABI. Kerana umat Melayu-Islam ini telah dibentuk fikirannya oleh wahyu, maka nama binatang yang diharamkan syariat terus menjadi carutan yang jijik.

Maaf, dalam entri kali ini saya mahu gunakan perkataan Bahasa Melayu ni. BABI. Supaya saya dan anda lebih faham kerana ia bahasa ibunda kita. Supaya saya dan anda sedar betapa jijiknya dunia yang kita diami kini.

kembali ke ARMA. Dalam slot kedua bengkel, Dr.Pazim tayangkan slideshow berkenaan makanan haram dan kegunaan BABI di dalam industri makanan dan pembuatan moden. Kerana kesuntukan masa, slide ditayangkan dengan agak laju dan tidak banyak yang saya sempat tangkap maklumatnya. Namun sedikit sebanyak ia tetap menambah arkib syubhah dalam kepala saya, sekaligus membuatkan saya rasa mahu tersembam ke bumi!

Soalan Dr.Pazim, " kenapa mereka ini suka sangat bela BABI? Sebab kegunaannya banyak! Kamu tengok ini ". Sebuah peta minda ditayangkan. Gambar seekor BABI di tengah-tengah dan senarai manfaatnya di sekeliling. Dari kulit ke isi perut,dari bulu ke tulang,semuanya benda yang selalu kita lumur ke tubuh dan kita sumbat ke tekak!

Antara bahan yang bersumber dari BABI ialah gelatin dari kulit BABI, 'bahan galian' di dalam penapis air dari tulang BABI, gliserin dari lemak BABI, dan food stabilizer yang digunakan dengan meluas di dalam makanan dan minuman, juga berasal dari BABI! Ada juga ubat-ubatan dan vaksin, alat solek, yang banyaknya tak mampu untuk saya rakam dalam sekali pandang.


Betapa ' bermanfaat 'nya khinzir kepada kita!!

Selain itu turut dibentangkan tentang makanan yang diubahsuai secara genetik, antaranya ayam dan beberapa jenis tumbuhan. Ia mudah dikenalpasti dengan label 'GMO' pada bungkusan. Makanan yang terubahsuai ini kononnya baik dan menguntungkan, sebenarnya ia hanya memudaratkan genetik anda dan kelak keturunan anda akan bertukar menjadi makhluk asing dan mutant!

Untuk lebih pasti,saya hanya sempat membuat satu tinjauan ke sebuah website. Ternyata maklumat yang saya terima adalah benar. Di bawah ini adalah salinan yang saya muat turun dari laman web Michigan Department of Agriculture :

It All Adds Up to the Versatile Pig Answer Key
Pig By-Products Math
Pigs are raised mainly for meat. Other parts of the pig's body are used to manufacture items, which are
called by-products.

1. Bones and skin from the pig are used to make gelatin and g l u e

2. Glycerin is used in making lipstick and c r a y o n s.

3. Glass and fertilizer can be produced from b o n e m e a l

4. Dried bones are used to make buttons and c h I n a dishes.

5. Pig pancreas glands are a source of insulin, which is used to treat
d I a b e t e s

6. Because it is like human skin, pig skin is used in treating b u r n s

7. Pigs can help humans who have growth problems through the use of their
h o r m o n e s

8. Pig heart valves have been implanted in human h e a r t s

Adapted from the Illinois Pork Producers Association, 6411 S. Sixth St., Springfield, IL 62707, (217) 529-3100 begin_of_the_skype_highlighting (217) 529-3100 end_of_the_skype_highlighting.


Apa yang saya tahu sebelum ini, antara bahan yang bersumber dari BABI ialah emulsifier (digunakan di dalam coklat,kek dan aiskrim), bulu yang dibuat berus gigi, kulit yang dibuat kasut. Jadi saya sedaya upaya cuba elakkan tiga perkara tersebut. Tapi selepas menonton slide Dr.Pazim, saya benar-benar sedar tiada apa benda yang boleh dimakan di dunia ini melainkan makanan ciptaan Allah: nasi, sayur dan ikan.

Saya pulang sambil termenung melihat kedai-kedai runcit. Tiada lagi yogurt dan minuman kotak yang saya gemari. Kerana jika diteliti makanan kita sekarang, dalam jus buah sekalipun ada ditambah food stabilizer. Shortening pula antara bahan pembaik roti yang saya selalu makan. Maka tiada peluang lagi untuk saya jamah makanan-makanan ini. Walaupun berat, saya akan mula jauhi benda-benda ini. Saya jadi insaf akan betapa kuatnya iman para sahabat yang terus melemparkan bejana arak tatkala ayat tahrim sampai ke telinga mereka radhiallahu'anhum. Saya tak mampu berbuat demikian! Namun walaupun beransur-ansur, saya tetap akan cuba.

Akhirnya saya temui kebenaran sabda Baginda Rasulullah s.a.w, dunia adalah penjara bagi mukmin. Rupanya ia penjara yang tidak disedari. Kita dikawal oleh kafir. Diberi makan dengan makanan mereka dan dipaksa hidup dengan cara mereka. Terpaksa beli barangan mereka dan terpaksa bekerja di premis-premis mereka. Bukankah ini perhambaan yang sebenar? Ibarat banduan di penjara yang terpaksa makan apa sahaja yang dihidangkan, guna sahaja bantal selimut yang disediakan tanpa sebarang pilihan. Kita pula guna sahaja handset dan laptop keluaran mereka tanpa sebarang pilihan. CEKIK sahaja 7up dan McD tanpa sebarang pilihan! Berbanding mereka yang terkurung di Gaza, kitalah sebenarnya yang terkurung dalam dunia acuan kafir!

Begitu juga sabda Baginda Nabi s.a.w, " Islam itu bermula dengan asing dan akan kembali asing,maka beruntunglah orang yang asing "... Mananya tak pelik dan asing kalau pergi kedai asyik membaca label. Orang sambar saja, yang dia sibuk nak perhati tulisan macam semut. Mananya tak pelik dan asing kalau orang semua suka lantak coke tiba-tiba dia seorang hendak boikot. Mananya tak pelik dan asing kalau orang lain mengubat senggugut dengan mirinda tapi dia sanggup berguling tahan sakit perut sebab boikot mirinda. Mananya tak asing...........

Tapi terasing di dunia yang sekejap ini apalah sangat berbanding duduk di halaqah Rasulullah di syurga yang kekal... Apalah sangat nilai cadbury berbanding satu doa mustajab yang menghancurkan tembok Gaza. Ingat sabda Baginda, MAKA BERUNTUNGLAH ORANG-ORANG YANG ASING......

Jangan sebut ayat "kalau macam tu, kita nak makan apa?". Banyak lagi makanan semulajadi kat dunia ini. Kita cuma perlu ubah mindset dan paradigma, kita cuma perlu berubah dan 'back to nature'. Memang makanan semulajadi pun sudah tidak berapa selamat tapi sekurang-kurangnya kita tau ia tak syubhah dan tak datang dari BABI! Sedar tak, datuk nenek kita dulu makan semua benda semulajadi dan lahirkan kita. Mati tak,tanpa snickers dan pepsi? Mati tak tanpa KFC? Tidak... Kita boleh berubah! Diriku, sahabat-sahabat, ayuh mula periksa makanan anda. Ayuh sucikan darah daging kita dari sumber haram dan BABI. Mudah-mudahan dari kita akan lahir generasi suci yang mendaulatkan TAUHID di mukabumi..

Dalam satu kursus lain di rumah Penang, ada pegawai JAKIM mengaku mereka tidak mampu untuk pastikan ayam KFC disembelih dengan betul mengikut syarak. Atau kata lainnya,mereka sendirtidak pasti yang KFC tu halal. Mereka pun tidak bagi anak-anak mereka makan KFC dan siap marah budak agama yang selalunya memenuhi KFC... Jadi kita bagaimana? Sudah tau hal ini, masih mahu makan lagi? Esok masa di hadapan Allah jangan jawab "Saya tidak tahu!"

p/s: Artikel ini tidak mengejutkan orang-orang yg lalai, masih ramai yg memandang ringan hal ini. Tidak hairan la kalau orang kafir tidak hormatkan apa yg halal dan haram bagi orang Islam, kerana tiada penentangan dari orang Islam sendiri kalau ada pun boleh dibilang dengan jari. Agensi-agensi kerajaan yg diharapkan dapat melihat perkara ini dengan serius sudah tidak boleh di harapkan kerana agensi-agensi kerajaan tidak boleh melakukan sesuatu yg drastik kerana ekonomi di kawal oleh orang kafir. Campur tangan "pihak atasan" amatlah dikesali, tidak kah kita terfikir bila sesuatu barangan yg di klasifikasikan sebagai tidak halal tidak ditarik balik oleh pengeluar dan dibiarkan terus dijual dengan alasan barang tersebut digunakan oleh semua orang bukan orang Islam khususnya dan sesuatu yg lebih pelik adalah pengumuman semula pengesahan status halal barangan yg diisytiharkan haram sebelum ini dalam masa yg singkat demi mengelakkan kerugian pihak pengeluar. Di sini kita sudah boleh melihat betapa kuat pengaruh orang yg berkepentingan ini tanpa memikirkan nasib orang Islam. Mungkin mereka-mereka ini boleh tanggung semua dosa-dosa untuk orang yg menggunakan barangan tersebut. Nauzubillah Minzalik.

Oleh itu, kesedaran tentang perkara ini amat la penting. Ibu bapa perlu lebih prihatin untuk menjaga pemakanan anak-anak, salah satu faktor gejala sosial akhir-akhir ini juga datangnya dari pemakanan. Terlalu banyak makanan yg shubhah sekarang ni, jadi tindakan dan kesedaran sendiri untuk menghindar dari makanan seperti ini amat la perlu demi memastikan generasi mukmin sejati terus dilahirkan.

"Ya Allah, Kau peliharalah hamba Mu ini dari perkara-perkara yg shubhah. Sesungguhnya Kau maha mendengar lagi maha mengetahui."

Wednesday, August 11, 2010

RaMaDHaN

Assalamualaikum..Alhamdulillah segala puji bagi Allah..
masih lagi dikurniakan nikmat2 yang tak terhingga..
masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan bulan yang penuh berkat ini..
masih lagi diberi kesempatan untuk perbaiki diri ini..
masih lagi diberi kesempatan untuk beramal..
masih lagi..masih lagi..dan masih lagi.
tak terhingga nikmat yang diberikan Allah kepada hamba2 nya..
cuma kita sahaja yang selalu lalai..
sibuk mencari kenikmatan dunia yang bersifat sementara..

Alhamdulillah juga..Allah telah berikan rahmat dan petunjuk kepada diri ini..
rasa sungguh b'tuah tetapi syaitan tetap dengan janji nya untuk menyesatkan anak Adam sehingga hari kiamat..
syaitan tetap menghasut dan tipu daya nye untuk membuatkan kita malas untuk b'ibadat kepada Allah..
tetapi yang lebih penting adalah memohon perlindungan dari Allah.

Di kesempatan ini juga, ingin memohon maaf andai ada tatacara dan tuturbahasa yang tidak elok.
sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan..
tetapi adalah menjadi tanggungjawab untuk memperbaiki diri.

Semoga ramadhan ini dipenuhi dengan amal dan sedekah..
dan juga sama2 lah kita mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan..
semoga berjaya menemui malam lailatul qadar..
Sekian wassalam..

Saturday, July 31, 2010

HaDiaH

Salam..entry hari ini adalah sambungan entry yang lepas..
actually bukan sambungan pun..tapi ada sangkut paut jugak..
entry lepas ada mention about hadiah kan..
ni la hadiah yang mampu di beli buat masa ni..
hadiah ni untuk memberi motivasi untuk diri ini bekerja dengan lebih gigih..
memang dah terbiase memotivasikan diri sendiri ni..
selalu kalau dapat khatam Al-quran pegi makan pizza hut@KFC..
so ini lah hadiah nye.
Pandangan depan

Pandangan belakang (tgk no plate dia sangat cantik)

Pandangan sisi (park dalam rumah tau)

Alhamdulillah setelah 3 minggu menunggu akhirnye dapat kuda baru JMJ..
plate JMJ tu tunggu seminggu baru release..
penantian yang menyeksakan..
malam sebelum amik motor pun dah termimpi-mimpi..hehe.
lupe nak letak gambar geran yang tertera nama owner..
ni la kenderaan pertama yang dimiliki.
Alhamdulillah jugak penat lelah setahun bekerja dapat beli sebijik motor walaupun bukan dengan tunai..
yang lebih menggembirakan ialah 100% duit sendiri..0.00% duit FAMA or others sources.hehe..
bab parking dalam rumah tu harus la kan..sebab takut kene curi.
nak letak kat mana-mana pun piki 1o kali..
ye la motor baru kan..orang yang curi motor ni memang keje nye mencuri je.
tu yang kita kene lebih berhati-hati..
tapi kalau memang dah jodoh tak panjang..kunci macam mana pun akan hilang jugak..
so kene la usaha dan tawakal.

insyaAllah tahun ke-3 bekerja hadiah nye kereta..
err..kawin??nanti pikir lain kali.hehe..
hidup mesti ada target..baru la kita akan berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mencapainya.
tapi pengalaman rakan sekerja yang dah nak kawin ni..
rezeki dia tersangat lah murah..senang je nak dapat kerja lain dengan gaji yang lebih besar..
agak nye kene cepat-cepat kawin jugak kot.hehe..
sekarang masih mencari company yang lebig bagus.

"Ya Allah,kau ampunilah segala dosa ku,kedua ibubapa ku,saudara mara ku,ahli keluarga ku,guru-guru dan pensyarah-pensyarah ku serta kaum muslimin dan muslimat.Kau murahkan lah rezeki kami, Kau panjangkanlah umur kami,dan Kau kurniakan lah kesihatan yang baik kepada kami serta jauhkanlah kami dari segala bentuk penyakit yang merbahaya.Amin Ya Rab."



Wednesday, July 14, 2010

SeLaMaT uLaNG TaHuN!!

Alhamdulillah segala puji bagi Allah..
kerana telah memberi kurniaan dan kekuatan untuk diri ini terus hidup dan bekerja..
semalam genap la setahun diri ini bergelar engineer.
nak tengok buktinye..haa..ni la buktinye offer letter.
sekarang beban kerja dah bertambah..
semua document kene control because of ISO 9001 requirements..
tapi pe yang paling mendukacitakan adalah sokongan dari kwn2 sekerja..
sangat kecewa dengan sikap yg langsung tak amik berat tentang tanggungjawab yg telah diberikan..
tu la lumrah kehidupan..de yang baik dan de yang buruk..
harap2 meraka2 tu sedar akan kesilapan diri dan kembali fokus pada kerja..
tapi yg menggembirakan adalah feedback dari HOD2 yg len..sume beri sokongan penuh dan kerjasama yg sangat baik..

Sempena ulang tahun yang pertama ni..nak ucap syukur dan selamat maju jaya kat diri sendiri.
sebab tak de orang yg nak ucapkan so cakap pada diri sendiri le..
lagipun ni satu motivasi untuk diri sendiri..
tak perlu terlalu mengharap pada orang lain untuk puji atau sebagainye..
takut2 pujian tu akan membuat kita lupa diri..
Sempena ulang tahun ini juga..akan dapat hadiah paling bermakna dalam hidup ini.
kurniaan seseorang yang amat ku dambakan..
penat lelah setahun rasa berbaloi bila dapat hadiah tu nanti..
insyaAllah akan dapat hari ini atau esok.(akan update kat blog hadiah yg special tu).

Sampai di sini saja coretan pagi..nak sambung buat kerja.hee..

Ya Allah,kau berikan la aku kekuatan dan ketabahan hati serta kesihatan tubuh badan dalam menghadapi dugaan dan rintangan hidup yg berliku ini agar aku dapat laksanakan tugas ku dengan sebaik mungkin. Kau peliharalah aku dari segala malapetaka dan bencana serta kecelakaan. Amin..

Monday, May 31, 2010

SeJaRaH BaKaL TeRCiPTa LaGi..

Esok 1 Jun 2010 bakal menjadi sejarah..
sekal lagi dan tentunya bukan hari pernikahan..hehe.
esok bermula la tugasan sebagai QMR iaitu Quality Management Representative..
dan dengan itu berkuatkuasa juga la Quality Manegement System (ISO 9001)..
jawatan yg selalunye di pegang oleh senior2 atau otai2 yg dah b'umur lingkungan 40-an..
tetapi kali ini dipegang oleh junior..yg baru b'umur lingkungan 20-an..
rasa sangat takut..terlalu berat untuk memikul tanggungjawab yg diberikan ini..
sangat mentah dalam bidang ni..but my boss always support me.:)

Antara tanggungjawab2 nye adalah:
i. Assuring that quality management system processes are implemented and maintained.
ii. Generate FMEA, Control Plan and Standard Operation Procedures (SOP) for all production lines.
iii. Monitor and supervise to ensure that policies and procedures are being carried out properly.
iv. Assist management in setting, monitoring and reporting the performance and achievement of objectives and targets as required by ISO 9001 requirements.
v. Ensure new personnel go through proper orientation and training according to relevant procedures.
vi. Promoting awareness of client requirements throughout company.

Memang berat kan..harap sangat kerjasama dari senior2..
tapi hanya diri ini saja yg tau betapa berat beban yg dipikul..
banyak benda yg nak kene ubah..
rasa boleh t'balik sume kat kilang tu klu nak ubah.hehe..
terutama sekali habit senior2 ni yg agak malas nak wat report and isi form..huhu.
kene suruh baru nak wat..tu pun wat dengan penuh b'hemah..
pasni semua keputusan yg dibuat mesti la cepat dan tepat..
quality product nek kene sentiasa ok..no customer complaint..
dan risiko selaku decision maker amat la tinggi..
pasni mmg slalu je la kene tembak..huhu.
tempoh percubaan selama 3 bln lepas ni harap dapat biasakan diri..
insyaAllah bln 10 akan di anugerahkan pensijilan ISO 9001:2008..
pastu resume akan berbau harum seharum mawar merah.hehe..
harap2 semuanya berjalan seperti yg dirancang..insyaAllah amiinn.

"Ya Allah, Kau permudahkan lah segala urusan dunia dan akhirat,hidup dan mati hamba Mu ini.Kau berkati lah hidup hamba Mu ini.Kau terima lah amal ibadat yg aku kerjakan.Sesungguhnya, solat ku,amal ibadat ku,hidup ku dan mati ku hanya kerana Allah S.W.T"

Thursday, May 20, 2010

HaRi iNi DaLaM SeJaRaH..

Hari ini adalah hari yg bersejarah..
opppssss..bukan hari pernikahan.hehe..
tapi hari ni la kali pertama menginterview orang..
sebab nye senior executive kene jmpe customer sebab complaint..
so kene replace senior exec..
biase pegi interview..tp ari ni kene interview orang pulak.
tak pe..pengalaman yang amat berharga.
slalu kita pergi interview mesti rasa nerves dan takut kan..
tapi tadi terbalik pulak..interviewer pulak yang nerves.hehe..
tak tau nak tanye ape..
last2 ikut standard procedure je..
dah slalu g interview so follow je yg slalu kene..hehe.
introduce diri..educational background..pastu tanye experience..
last skali bawa pegi tengok plant..
kagum dia tengok cullet processing plant..hehe.

Pape pun terima kasih Allah..
kerana telah memberi hamba Mu ini kesempatan..

Tuesday, May 11, 2010

iNTeRVieW LaGi..

pagi yg indah yg masih di limpahi sinar mentari..
pagi ni dapat call panggil interview..
alhamdulillah..
actually semalam lg company dah call..
tapi disebabkab banyak keje yang perlu disettlekan..
so tak sempat nak angkat phone..
then pagi tadi company call lagi panggil interview..
unexpected and unpredictable..
sebab company yang panggil bukan calang2..
Universal Cable (M) Bhd..
kalau kat JB ni sebut je nama company tu semua orang tahu..

tapi post yg yg dipohon tak sama dengan yg d'tawarkan..
minta Production Engineer..
tapi dapat QA/QC Engineer..
lagi le pening..more to mechanical..
sebelum ni pun dah lari dari bidang..
tak pe la..as long de keje ok la..

interview sume ok..
banyak tanya pasal keje sekarang ni..
belom pape lagi dah phsyco..
HOD tu cakap kene wat banyak report..
and the biggest challenge is to be one of the team to bid project..
warghh..tak tau leh wat ke tak nanti.
siap suruh wat karangan pendek lagi..
pape pun mesti get this job first..
then baru pikir cara nak survive.
yeeaaahh..think positive.
insyaAllah dapat this post..
semoga Allah terus memberkati dan melimpahkan rahmat dan kurnia Nya ke atas diri ini.

Friday, April 23, 2010

KeSeDaRaN..

Hari ni punye entry relate pada laman sosial
facebook, tagged, twitter, myspace
Tapi..ape tujuan sebenar benda ni semua di buat??
untuk b'seronok??cari kawan2 lame??mengisi masa lapang??
ape pun sebabnye..semua b'gantung pada individu..
kalau baik caranye..baik la jadinye.

Tapi ade pulak orang yang menyalahgunakan nye
yang dah kahwin dah de anak 2 pun
lagak mengalahkan orang bujang
sanggup online smpi 3 4 pagi layan 'kawan' kat FB dan Tagged
tu tak kisah la..dia punye pasal la kan..
tapi kalau dah t'bawa2 sampai tempat kerja
pe kes??
kat tempat kerja pun online..siap leh b'gayut guna tepon ofis
kerja banyak t'tangguh..kalau tak susahkan orang lain tak pe
ini bila kerja tak siap orang lain pun kene
cuba lah b'tanggungjawab sikit
kata pengalaman lebih 10 tahun
tak kan benda kecik pun tak boleh handle

Kepada insan yang b'kenaan
kembali la ke pangkal jalan sebelum benda yang lebih buruk b'laku
pe pun yang kita buat kene pikir baik dan buruk nye
untuk diri sendiri mahupun orang lain.

Tuesday, March 30, 2010

ReDHa..

rasa kecewa menghantui diri..
kecewa yg amat sangat..
tp mengenangkan kita hanya makhluk Allah yg sangat lemah..
rasa kecewa b'tukar redha..
redha sebab semalam dapat call dari manager yg interview kat astro..
berkenaan dengan biasiswa JPA dan bond dengan kerajaan..
selagi tak dapat release letter dari JPA..application status KIV.huhu..

pagi tadi call JPA minta release letter..
pegawai cakap awak lapor diri bulan disember 2009..
jadi awak akan dapat release letter pada disember 2010.
b'tambah la kecewa dan sedih.huhu..
sekali lagi mengenangkan diri yang lemah ni..
aku redha..aku redha Ya Allah..
sesunggunya Kau maha mengetahui..
mugkin rezeki ku di tempat lain..
sekali lagi..aku redha..aku redha Ya Allah.

Monday, March 22, 2010

iNTeRVieW

Alhamdulillah selepas hampir sebulan menunggu..
menunggu dengan penuh harapan untuk permohonan as Associate Engineer (broadcasting) kat astro based at Cyberjaya..
akhirnye jumaat lepas dapat call dari astro..
(mungkin berkat hari jumaat)
dia suruh datang interview..
tapi interview hari isnin..
so ckp tak leh..sebab de meeting dengan director..
then dia cakap datang hari rabu..
so ok la..rabu pkl11 kat astro bukit jalil.

sekarang ni wat preparation ckit2..
kene study balik programming and networking..
data comm, DSP dan sebagainye.
harap2 la dapat pose ni..
I'll try my very best walaupun macam takut2 je..

"Ya Allah, jika jawatan ni adalah yg terbaik untuk aku,permudahkan la urusan ku.
tapi kalau ni bukan jawatan yg sesuai untuk ku, aku redha.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Berkuasa atas tiap2 sesuatu"

Thursday, March 11, 2010

DiLeMa-MoToR@KeReTa..

Hemm..ninja 250R atau MyVi SE

tetiba pulak rase berbelah bagi..
even sebelom ni b'semangat nak beli ninja..
sebab boleh cruising 180 kat highway..
tapi bila pikir2 balik..
lebih baik beli kete..
ibu n abah pun suruh beli kete..
tp yg buat aku betol2 nak beli kete bila..
bila atuk ckp "lepas ni nak rasa nek kete op pl"..
*atuk ckp camtu masa nek kete abg yan..
huhu..sangat menyentuh kalbu.

InsyaAllah..kemampuan tu dah ada..
cuma belum tiba masa yg sesuai tuk beli..
dilema terus menghantui diri..
antara kemahuan dan keinginan..
kemahuan bila kita menurut kemahuan orang lain..
tp keinginan bila kita sendiri yang mengingini nya..

Preview sikit..nak bg lagi dilema.hehe..
Kawasaki Ninja 250R
lawa kan..mmg patut pn diri ni dalam dilema.huhu..

Kite tengok pro dan kontra nye..:)
Kalau nek motor tak kene jam..cepat sampai.
Kalau nek motor tak kene tol..save sikit.
Tapi kalau nek motor kene hujan..kene tduh bwh jmbtan.


MyVi SE
yang ni pn lawa kan..huhu.

Kite tengok pro dan kontra nye..:)
Kalau nek kete kene jam..lambat sikit sampai(insyaAllah selamat..hee)
Kalau nek kete kene tol..lari bajet nnt.
Tapi kalau nek kete tak kene hujan..tapi jalan skrg hujan je mesti jam..so same jerk.huhu..

betol2 dalam dilema..tak lena tido di buatnye..
mengalahkan orang yg tengah angau..hehe.
skarang ni tengah menilai +ve and -ve side of both choice..
banyak masuk forum2 discussion..
insyaAllah..bulan jun final decision will be made between those 2.
tapi kalau dpt green light dari ibu leh beli 2 2 lagi bagus..mudah mudahan.hee..

Tuesday, March 2, 2010

Maafkan Aku..Aku Tak Bersalah

Sepanjang percintaan penuh cabaran
Dugaan kutempuhi redha
Tetapi terpaksa cinta
Berakhir di sini

Telah berulang kali sengaja kau ulangi
Kesilapan sama serupa
Setia di depan mata
Curang di baliknya

Memang benar tanpa kusedari
Dalam diam hatiku pedih
Lantaran sikapmu melukakan
Mengguris hati dan perasaan
Rupa-rupanya kasih sayang darimu
Dusta semata

Seandainya detik dan waktu
Dapat kuputar kembali
Ingin sekali lagi rasanya
Untuk kujatuh cinta semula
Namun yang pasti bukan dengan mu
Yang penuh palsu

Bukan sengaja aku menyakiti
Dirimu yang tak mungkin memahami
Erti kejujuran sebenar di dalam bercinta
Janganlah pula aku disalahkan
Kiranya kau diburu kekesalan
Tangis di akhirnya tak bermakna

Sepanjang percintaan penuh cabaran
Dugaan kutempuhi redha
Terpaksa ku biar cinta
Berakhir di sini
Terpaksa kubiar cinta berakhir di sini

Sunday, January 3, 2010

@WoRKPLaCe..

Kali ni nak cite pasal tempat kerja..
Alhamdulillah..lepas habis praktikal kat company ni..
terus dapat offer kerja as production executive..
walaupun gaji ciput..
b'syukur sangat2 sebab de ramai freshy yg m'anggur..
Ok..First of all nak introduce pasal company..
nama PUM Cullet stand for Perniagaan Usahasama Membalak..
cullet tu nama tuk kaca yg hancur..
nama company je de membalak..tp bukan membalak pun..
company ni recycle kaca..sume kaca di recycle kat kilang ni..
First2 start takde la takut sangat..
sebab dah praktikal kat sini dan dah kenal sume staff2 kat sini..
neway..b'syukur sangat dapat kerja kat sini sebab sume staff friendly..

ckp pasal friendly..director pn sangat baik.
siap bagi pen dan nasihat..thanx Mr. Siong









cuma yang xbest environment je la..b'habuk sangat..

always kene pakai face mask..huhu.









kerja memang relax..just duduk depan pc and tengok system..
tu pun kalau mesin x buat hal la..
kalau mesin problem..sehari suntuk b'peluh nak repair mesin.
kerja kat sini hands-on..as exec semua benda kene tau.

and for the first time dalam hidup deal dengan orang Austria..
time nak trial new material..so setting mesin pn kene la tukar kan..
mesin semua dari Austria..so communicate through email and phone call.

tu semua pengalaman yang sangat b'harga yang mungkin takde kat tempat lain..
especially for new exec macam aku ni..thank u Allah.

gambar persekitaran kilang tuk d'share..









Main plant










Control Room













B'gambar dengan contactor@instrument2..hee.










Final product










Meeting room..ni time nak present dengan wakil dari SIRIM.


So..cukup la tuk @WoRKPLaCe ye..