Saturday, November 16, 2013

CoMPaNY Ke-3..

Tanggal 29hb Mac adalah hari terakhir berkhidmat di Panasonic, Senai (PSNM)..
setelah dua tahun setengah berkhidmat banyak kenangan pahit dan manis dengan anak-anak buah, kawan-kawan dan juga bos.

Sedih sangat meninggalkan kawan-kawan yang sangat bekerjasama dan baik.

Antara detik-detik terakhir yang sempat di ambil.
Dengan anak-anak buah RoHS..tak lupe jugak En.Mohd Nor. 

Dengan anak-anak buah RoHS jugak..


Dengan anak-anak buah IQC Electrical..tak lupe jugak Mr.Siva..

Dan yang paling terharu sekali adalah pemberian cenderamata kenang-kenangan yang rase nye harga nye sangat mahal..seperti jam tangan, baju-baju, set wallet dan juga tali pinggang.


Terima kasih sangat-sangat..rase di hargai walaupun dah tak berkhidmat lagi.

dan pada tanggal 1hb April bermula la sejarah baru dalam hidup..
mula berkhidmat dengan Denso Malaysia SB..



Rasa macam tak percaya dapat di ambil berkhidmat di Denso..
Ramai kawan-kawan yang bertanye macam mana boleh dapat Denso..
kerana Denso sangat susah untuk masuk..
tak tahu nak cakap macam mana tapi mungkin rezeki Allah..

Mula memohon melalui jobstreet pada akhir bulan Januari 2012..
tetapi permohonan telah di tolak..
namun sekali lagi iklan jawatan yang sama di tawarkan..
tanpa rasa putus asa memohon untuk kali yang ke-2..
dan alhamdulillah telah di panggil untuk sesi temuduga pada akhir bulan Februari 2013..

Sesi temuduga yang sangat santai..
rasanye tak sampai 15 minit..
walaupun rasa peluang sangat nipis namun hati tetap kuat dan yakin..
Alhamdulillah selepas beberapa hari dapat panggilan keputusan temuduga..
terpilih untuk mengisi jawatan QA Exec 1..
dengan tawaran gaji dan elaun serta kemudahan lain yang menarik..
tanpa berfikir panjang terus setuju dengan tawaran tersebut..

Dan sekarang setelah 8 bulan berkhidmat semua nya tampak berjalan dengan lancar..
rakan-rakan memberi layanan dan kerjasama yang baik..

Alhamdulillah syukur Ya Allah..Kau permudahkan lah segala urusan dunia dan akhirat ku..Kau permudahkan lah urusan hidup dan mati ku.

SeTeLaH SeKiaN Lama..

Assalamualaikum..

Huh..blog dah lama tak di update since 2011.
sekarang dah tahun 2013.

Sebelum ni kemudahan internet sangat terhad dan kesibukan kerja membataskan diri untuk update blog..
sekarang kemudahan internet sangat baik dan juga kerja semakin baik.

Semoga lepas ni dapat terus update blog..

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah di atas limpah rahmat yang tidak terhingga kepada kami.