Thursday, September 9, 2010

KeCaNTiKaN..

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.

Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.

Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.

Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.

Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.

Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!

p/s: Tidak kira lelaki atau perempuan, setiap ciptaan Allah itu ada kegunaannya. Lelaki dan perempuan saling melengkapi antara satu sama lain, jadikan ketidaksempurnaan itu suatu kekuatan dan kesempurnaan itu suatu kelebihan. Sama-sama kita syukuri nikmat yg Allah kurniakan kepada kita.

Wednesday, September 8, 2010

KHiNZiR Di SeKeLiLiNG KiTa..

www.iluvislam.com
Dihantar oleh: Ungufajar
Editor: fazly_90

Julai lepas,alhamdulillah sempat mengikuti bengkel Industri Makanan Halal Malaysia. Anjuran Universiti Cairo dengan kerjasama Universiti Malaya di ARMA. Panelnya, Dr.Pazim dari UM rupanya ayahanda sahabat saya, ukhti Norizan yang dikenali sejak kecil.

Bukan itu tajuk utamanya. Saya ingin beritahu anda apa yang Dr.Pazim bentangkan di dalam bengkel. Ia berkenaan makanan dan keperluan hidup kita.Ia berkenaan khinzir. BABI. Eh, kenapa mencarut ni?

Tidak, BABI adalah Bahasa Melayu. Tetapi jadi perkataan carut kerana bencinya umat Melayu-Islam terhadap BABI. Kerana umat Melayu-Islam ini telah dibentuk fikirannya oleh wahyu, maka nama binatang yang diharamkan syariat terus menjadi carutan yang jijik.

Maaf, dalam entri kali ini saya mahu gunakan perkataan Bahasa Melayu ni. BABI. Supaya saya dan anda lebih faham kerana ia bahasa ibunda kita. Supaya saya dan anda sedar betapa jijiknya dunia yang kita diami kini.

kembali ke ARMA. Dalam slot kedua bengkel, Dr.Pazim tayangkan slideshow berkenaan makanan haram dan kegunaan BABI di dalam industri makanan dan pembuatan moden. Kerana kesuntukan masa, slide ditayangkan dengan agak laju dan tidak banyak yang saya sempat tangkap maklumatnya. Namun sedikit sebanyak ia tetap menambah arkib syubhah dalam kepala saya, sekaligus membuatkan saya rasa mahu tersembam ke bumi!

Soalan Dr.Pazim, " kenapa mereka ini suka sangat bela BABI? Sebab kegunaannya banyak! Kamu tengok ini ". Sebuah peta minda ditayangkan. Gambar seekor BABI di tengah-tengah dan senarai manfaatnya di sekeliling. Dari kulit ke isi perut,dari bulu ke tulang,semuanya benda yang selalu kita lumur ke tubuh dan kita sumbat ke tekak!

Antara bahan yang bersumber dari BABI ialah gelatin dari kulit BABI, 'bahan galian' di dalam penapis air dari tulang BABI, gliserin dari lemak BABI, dan food stabilizer yang digunakan dengan meluas di dalam makanan dan minuman, juga berasal dari BABI! Ada juga ubat-ubatan dan vaksin, alat solek, yang banyaknya tak mampu untuk saya rakam dalam sekali pandang.


Betapa ' bermanfaat 'nya khinzir kepada kita!!

Selain itu turut dibentangkan tentang makanan yang diubahsuai secara genetik, antaranya ayam dan beberapa jenis tumbuhan. Ia mudah dikenalpasti dengan label 'GMO' pada bungkusan. Makanan yang terubahsuai ini kononnya baik dan menguntungkan, sebenarnya ia hanya memudaratkan genetik anda dan kelak keturunan anda akan bertukar menjadi makhluk asing dan mutant!

Untuk lebih pasti,saya hanya sempat membuat satu tinjauan ke sebuah website. Ternyata maklumat yang saya terima adalah benar. Di bawah ini adalah salinan yang saya muat turun dari laman web Michigan Department of Agriculture :

It All Adds Up to the Versatile Pig Answer Key
Pig By-Products Math
Pigs are raised mainly for meat. Other parts of the pig's body are used to manufacture items, which are
called by-products.

1. Bones and skin from the pig are used to make gelatin and g l u e

2. Glycerin is used in making lipstick and c r a y o n s.

3. Glass and fertilizer can be produced from b o n e m e a l

4. Dried bones are used to make buttons and c h I n a dishes.

5. Pig pancreas glands are a source of insulin, which is used to treat
d I a b e t e s

6. Because it is like human skin, pig skin is used in treating b u r n s

7. Pigs can help humans who have growth problems through the use of their
h o r m o n e s

8. Pig heart valves have been implanted in human h e a r t s

Adapted from the Illinois Pork Producers Association, 6411 S. Sixth St., Springfield, IL 62707, (217) 529-3100 begin_of_the_skype_highlighting (217) 529-3100 end_of_the_skype_highlighting.


Apa yang saya tahu sebelum ini, antara bahan yang bersumber dari BABI ialah emulsifier (digunakan di dalam coklat,kek dan aiskrim), bulu yang dibuat berus gigi, kulit yang dibuat kasut. Jadi saya sedaya upaya cuba elakkan tiga perkara tersebut. Tapi selepas menonton slide Dr.Pazim, saya benar-benar sedar tiada apa benda yang boleh dimakan di dunia ini melainkan makanan ciptaan Allah: nasi, sayur dan ikan.

Saya pulang sambil termenung melihat kedai-kedai runcit. Tiada lagi yogurt dan minuman kotak yang saya gemari. Kerana jika diteliti makanan kita sekarang, dalam jus buah sekalipun ada ditambah food stabilizer. Shortening pula antara bahan pembaik roti yang saya selalu makan. Maka tiada peluang lagi untuk saya jamah makanan-makanan ini. Walaupun berat, saya akan mula jauhi benda-benda ini. Saya jadi insaf akan betapa kuatnya iman para sahabat yang terus melemparkan bejana arak tatkala ayat tahrim sampai ke telinga mereka radhiallahu'anhum. Saya tak mampu berbuat demikian! Namun walaupun beransur-ansur, saya tetap akan cuba.

Akhirnya saya temui kebenaran sabda Baginda Rasulullah s.a.w, dunia adalah penjara bagi mukmin. Rupanya ia penjara yang tidak disedari. Kita dikawal oleh kafir. Diberi makan dengan makanan mereka dan dipaksa hidup dengan cara mereka. Terpaksa beli barangan mereka dan terpaksa bekerja di premis-premis mereka. Bukankah ini perhambaan yang sebenar? Ibarat banduan di penjara yang terpaksa makan apa sahaja yang dihidangkan, guna sahaja bantal selimut yang disediakan tanpa sebarang pilihan. Kita pula guna sahaja handset dan laptop keluaran mereka tanpa sebarang pilihan. CEKIK sahaja 7up dan McD tanpa sebarang pilihan! Berbanding mereka yang terkurung di Gaza, kitalah sebenarnya yang terkurung dalam dunia acuan kafir!

Begitu juga sabda Baginda Nabi s.a.w, " Islam itu bermula dengan asing dan akan kembali asing,maka beruntunglah orang yang asing "... Mananya tak pelik dan asing kalau pergi kedai asyik membaca label. Orang sambar saja, yang dia sibuk nak perhati tulisan macam semut. Mananya tak pelik dan asing kalau orang semua suka lantak coke tiba-tiba dia seorang hendak boikot. Mananya tak pelik dan asing kalau orang lain mengubat senggugut dengan mirinda tapi dia sanggup berguling tahan sakit perut sebab boikot mirinda. Mananya tak asing...........

Tapi terasing di dunia yang sekejap ini apalah sangat berbanding duduk di halaqah Rasulullah di syurga yang kekal... Apalah sangat nilai cadbury berbanding satu doa mustajab yang menghancurkan tembok Gaza. Ingat sabda Baginda, MAKA BERUNTUNGLAH ORANG-ORANG YANG ASING......

Jangan sebut ayat "kalau macam tu, kita nak makan apa?". Banyak lagi makanan semulajadi kat dunia ini. Kita cuma perlu ubah mindset dan paradigma, kita cuma perlu berubah dan 'back to nature'. Memang makanan semulajadi pun sudah tidak berapa selamat tapi sekurang-kurangnya kita tau ia tak syubhah dan tak datang dari BABI! Sedar tak, datuk nenek kita dulu makan semua benda semulajadi dan lahirkan kita. Mati tak,tanpa snickers dan pepsi? Mati tak tanpa KFC? Tidak... Kita boleh berubah! Diriku, sahabat-sahabat, ayuh mula periksa makanan anda. Ayuh sucikan darah daging kita dari sumber haram dan BABI. Mudah-mudahan dari kita akan lahir generasi suci yang mendaulatkan TAUHID di mukabumi..

Dalam satu kursus lain di rumah Penang, ada pegawai JAKIM mengaku mereka tidak mampu untuk pastikan ayam KFC disembelih dengan betul mengikut syarak. Atau kata lainnya,mereka sendirtidak pasti yang KFC tu halal. Mereka pun tidak bagi anak-anak mereka makan KFC dan siap marah budak agama yang selalunya memenuhi KFC... Jadi kita bagaimana? Sudah tau hal ini, masih mahu makan lagi? Esok masa di hadapan Allah jangan jawab "Saya tidak tahu!"

p/s: Artikel ini tidak mengejutkan orang-orang yg lalai, masih ramai yg memandang ringan hal ini. Tidak hairan la kalau orang kafir tidak hormatkan apa yg halal dan haram bagi orang Islam, kerana tiada penentangan dari orang Islam sendiri kalau ada pun boleh dibilang dengan jari. Agensi-agensi kerajaan yg diharapkan dapat melihat perkara ini dengan serius sudah tidak boleh di harapkan kerana agensi-agensi kerajaan tidak boleh melakukan sesuatu yg drastik kerana ekonomi di kawal oleh orang kafir. Campur tangan "pihak atasan" amatlah dikesali, tidak kah kita terfikir bila sesuatu barangan yg di klasifikasikan sebagai tidak halal tidak ditarik balik oleh pengeluar dan dibiarkan terus dijual dengan alasan barang tersebut digunakan oleh semua orang bukan orang Islam khususnya dan sesuatu yg lebih pelik adalah pengumuman semula pengesahan status halal barangan yg diisytiharkan haram sebelum ini dalam masa yg singkat demi mengelakkan kerugian pihak pengeluar. Di sini kita sudah boleh melihat betapa kuat pengaruh orang yg berkepentingan ini tanpa memikirkan nasib orang Islam. Mungkin mereka-mereka ini boleh tanggung semua dosa-dosa untuk orang yg menggunakan barangan tersebut. Nauzubillah Minzalik.

Oleh itu, kesedaran tentang perkara ini amat la penting. Ibu bapa perlu lebih prihatin untuk menjaga pemakanan anak-anak, salah satu faktor gejala sosial akhir-akhir ini juga datangnya dari pemakanan. Terlalu banyak makanan yg shubhah sekarang ni, jadi tindakan dan kesedaran sendiri untuk menghindar dari makanan seperti ini amat la perlu demi memastikan generasi mukmin sejati terus dilahirkan.

"Ya Allah, Kau peliharalah hamba Mu ini dari perkara-perkara yg shubhah. Sesungguhnya Kau maha mendengar lagi maha mengetahui."